Taman arnab Bukit Badong yang terletak di Kampung Bukit Badong, Bestari Jaya, Selangor atau juga di kenali sebagai One stop rabbit farm merupakan sebuah reban arnab yang berkonsepkan taman. Terdapat lebih dari 5000 ekor arnab dari pelbagai spesis antaranya jenis pedaging, anggora, Australia White and New Zealand white terdapat disini. Pemilik taman arnab ini Haji Ismail, telah menubuhkan reban arnab ini sejak 5 tahun yang lalu, Bermula dengan kecil -kecilan iaitu sebanyak 20 ekor arnab, beliau telah berjaya memperluaskan perniagaan berliau sehingga memiliki lebih 5000 ekor di dalam kandang beliau.
Pada peringkat awal beliau hanya ingin menjalankan secara kecil - kecilan dengan menjual anak - anak arnab, makanan, sangkar dan pelbagai lagi barangan keperluan arnab, namun dengan permintaan tinggi daripada pelanggan beliau memperluaskan lagi penternakkan ini dengan menambah beberapa reban arnab untuk tujuan pembiakkan.
Beliau mendapat cetusan idea untuk membuka taman arnab apabila melihat ramai pelanggan beliau yang datang dari jauh dan dekat amat berminat untuk membelai dan memberi arnab makan. Beliau menganbil peluang dengan membuka sebuah taman arnab di reban ternakkan beliar untuk para pengunjung merasai sendiri kehidupan bersama arnab dan memberi arnab makan, Alhamdulillah, kewujudan taman arnab ini mendapat sambutan yang sangat baik. Ramai pelanggan yang datang dari jauh terutamanya pada hari minggu untuk merasai pengalaman ini.
Beliau telah memperluaskan lagi taman arnab beliau dengan menyediakan pelbagai jenis haiwan lain seperti, kuda,monyet, burung , ikan dan pelbagai haiwan lain dan kini taman arnab beliau berkonsepkan mini zoo.
selain dari itu, beliau juga cuba mendekati pelanggan beliau dengan menyertai beberapa expo dia seluruh negara dengan membuka taman arnab dan menjual arnab dan barangan arnab.
My Rabbit Farm
Wednesday, 9 May 2012
Saturday, 5 May 2012
Wednesday, 25 April 2012
Monday, 9 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)